Berita

Murid SRA Nurul Amin lawat Nasyrul Quran

MURID SRA Nurul Amin bergambar di lobi Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.
- Diterbit 5 September 2019 9:13 AM MYT

ILMU. Seramai 60 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Nurul Amin, Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor melakukan lawatan sambil belajar ke kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya baru-baru ini.

Lawatan melibatkan 20 guru pengiring itu bertujuan mendedahkan para pelajar mengenai proses penyalinan naskhah al-Quran sehingga kepada pencetakan dan penjilidan kitab suci itu.

Lawatan itu memberi pendedahan berkenaan dengan seni khat yang turut dipamerkan di kompleks tersebut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas