Berita

Inisiatif Wilayah Cakna diumum esok – Annuar

ANNUAR semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat JKKN WP hari ini.
- Diterbit 24 Mac 2020 8:30 AM MYT

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengumumkan bantuan terkini untuk warga kota menerusi Inisiatif Wilayah Cakna, esok.

Menterinya, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, inisiatif itu memberi fokus kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada miskin bandar, penjaja dan penduduk projek perumahan rakyat (PPR).

“Ia juga akan melibatkan petugas barisan hadapan serta warga kota yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia diadakan bagi membantu warga kota dalam menjalani kehidupan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP,” katanya dalam sidang akhbar khas selepas Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan (JKKKN WP) hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas