Berita

Inisiatif prihatin, komited bantu rakyat

|
- Diterbit 24 Oktober 2020 2:31 PM MYT

PRIHATIN dengan kebajikan penduduk setempat yang kini terpaksa berdepan kesukaran rentetan penularan gelombang ketiga pendamik Covid-19, mendorong Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan sasar.

Program bantuan diterajui jentera Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya itu menyaksikan sejumlah 20,000 kampit beras telah diagih selain barangan keperluan asas turut disumbang sebagai antara inisiatif prihatin membantu warga setempat.

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda, Dr Tengku Iqbal Munawwir berkata, agihan barang keperluan hasil sumbangan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa mengambil berat aspek kebajikan dan keperluan penduduk untuk memastikan mereka ‘Stay Safe, Stay at Home’.

Katanya, dengan berslogan ‘Rakyat Tetap Dihati’ keprihatian Ahli Parlimen dan jentera parti UMNO diteruskan dengan membantu pergerakan Wanita UMNO bersama Badan Amal Kaseh Ibu, Putrajaya menghantar bungkusan Kasih Ibu berisi makanan untuk warga setempat.

“Antara barang keperluan diagih termasuk Kopi, Teh, Milo, Susu Gula, Biskut dan lain-lain setiap satunya dianggar bernilai RM120 untuk kegunaan seisi keluarga terutama di dalam tempoh kritikal ini bagi memudahkan lagi setiap keluarga terlibat patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

“Alhamdulillah syukur hari ini pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya bersama AJK dan rakan-rakan cawangan menjadi pemudah cara dan tenaga penghantar beras sumbangan YB, mesra digelar Ketua Kampung Putrajaya, YB Kunan,” katanya.

Agihan sumbangan itu diberi secara berperingkat kepada penduduk Putrajaya serba memerlukan dan layak dibantu yang dikenal pasti Badan Amal Kasih Ibu, Putrajaya dengan harapannya semoga bantuan disalur akan ringankan beban dihadapi.

Selain itu, keprihatinan YB Kunan terhadap rakyat Putrajaya bukan bersifat sementara sebaliknya, pelbagai bantuan telah disumbangnya sebelum ini sejak gelombang pertama Covid-19 lagi selain menggerakkan aktiviti kemasyarakatan termasuk memperindahkan surau dan kemudahan asas. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas