Berita

“Ini Sudah Melampau, Orang Ada Perasaan juga” – SYAMSUL YUSOF

Rupanya Syamsul Yusof Curang Dengan Puteris Sarah Liyana'
- Diterbit 29 September 2020 5:00 AM MYT

“Anda semua nak main-mainkan saya? Berani tulis tajuk macam ni sebab nak dapat views!” Luah pengarah dan pelakon Syamsul Yusof,36,  di instagramnya dengan nada marah apabila mendapati sebuah saluran YouTube Capik Geronong memuat naik video yang  berbaur fitnah berkenaan rumahtangganya. 

SALURAN YouTube yang memuatnaik video bertajuk ‘TAK SANGKA, Rupanya Syamsul Yusof Curang Dengan Puteris Sarah Liyana’, cukup membuatkan Syamsul kecewa

Saluran YouTube itu yang menggunakan  tajuk ‘Tak Sangka, Rupanya Syamsul Yusof Curang Dengan Puteri Sarah’, cukup membuatkan Syamsul rasa kecewa dalam keadaan dirinya yang sedang mempunyai masalah rumah tangga.

“Saya tahu YouTuber memang kejar views. Saya tahu kerja anda. Tapi tolonglah hormat orang, hormat artis.

“Anda buat tajuk yang boleh bawa kepada fitnah dan kepincangan keluarga.

“Saya akan saman anda. Jumpa di mahkamah. Ini bukan masalah duit. Nak kasi ajar sikit.

“Kalau artis-artis lain sebelum ini pernah kena dan mereka tak berani nak saman, Syamsul akan saman kau,” katanya yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran YouTube tersebut.

SEMOGA kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat diselesaikan dengan cara baik.

Syamsul juga terkilan apabila soal perasaannya dan keluarga seolah-olah diperlekehkan. 

“Tolonglah hormat orang. Orang tengah ada masalah, tapi kau fikir kau punya views. Kau Tak fikir orang lain punya perasaan. 

“Jumpa kau di mahkamah. Aku akan dapatkan peguam yang bagus. 

“Ini sudah melampau. Orang  pun ada perasaan juga. Hormatlah orang. Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati,” jelas Syamsul lagi yang nekad untuk memfailkan saman terhadap pihak saluran YouTube tersebut.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 35, memuat naik kata-kata berkaitan curang dan setia. 

Semoga kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat diselesaikan dengan cara baik dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas