Berita

Indeks jenayah turun 70 peratus sepanjang PKP

ANGGOTA polis membuat kawalan di sekatan jalan raya bagi menguatkuasakan PKP di Putrajaya. Gambar hiasan IPD Putrajaya
- Diterbit 7 April 2020 9:21 AM MYT

PUTRAJAYA – Indeks jenayah di seluruh negara menurun 70 peratus sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, indeks itu boleh dijadikan ukuran terhadap keselamatan terutamanya di kawasan perumahan yang ditinggalkan oleh orang ramai susulan PKP.

“Rakyat sentiasa memberikan komen di dalam media sosial terhadap kebimbangan rumah mereka kosong dan sebagainya, takut jenayah meningkat.

“Jadi, statistik ditunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan indeks jenayah menurun 70 peratus,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini.

Mengulas lanjut mengenai PKP, Ismail Sabri menegaskan seramai 6,452 individu telah ditahan kerana melanggar arahan PKP sejak 18 Mac lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas