Imej Nora Danish bawa tuah kepada MINAZ Hijab, bantu ramai jana pendapatan

Imej Nora Danish bawa tuah kepada MINAZ Hijab, bantu ramai jana pendapatan

PERCATURAN menggunakan artis popular, Nora Danish sebagai wajah kempen tudung bawal jenama MINAZ Hijab membawa tuah apabila pra tempahan produk itu berjaya terjual 150,000 helai dalam tempoh kurang sejam.

Hafiza Abd Hamid selaku Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Fesyen MINAZ berkata, kejayaan itu turut membuka peluang kepada lebih 4,000 agen dan stokis seluruh Malaysia menjana pendapatan dari rumah di era pandemik COVID-19 ini.

KETUA Pegawai Eksekutif jenama MINAZ, Pija MINAZ mempunyai alasan tersendiri melantik Nora Danish mempromosi tudung keluarannya.

Hafiza atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ, kejayaan itu jadi pembakar semangat untuk terus membantu mereka yang terkesan dan bergelut ketika ini.

“Ini kempen kedua dijalankan kami bagi menjual tudung bawal siri Blossom dan menggunakan Nora Danish sebagai penyeri. Biarpun ada yang tak suka dengan pemilihannya kerana berimej seksi, tapi saya melihat semua ini daripada sudut yang lebih luas.

“Pemilihannya bersesuaian dengan konsep corak bunga pada tudung yang disifatkan manis dan elegan. Personaliti Nora yang mudah didekati dan ceria juga menyimpulkan keseluruhan perlambangan koleksi tudung.

“Dia juga boleh jadi magnet tarikan untuk mempengaruhi ramai wanita untuk mengenali, memakai dan menyertai komuniti keluarga MINAZ Hijab. Siapa tahu suatu hari nanti semua ini jadi asbab untuk dia bertudung dan memilih tudung jenama saya sebagai suntikan semangat,” kata Pija yang menceburi dunia fesyen modesty atau kesederhanaan sejak 11 tahun lalu.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM, Shah Alam yang beralih ke bidang fesyen itu mensasarkan 100,000 helai tudung bawal lagi untuk dijual sehingga hujung bulan ini menjadikannya sejumlah 250,000 helai tudung.

PIJA MINAZ bantu orang ramai jana pendapatan

Jenama tudungnya, mempertaruhkan koleksi ‘signature printed’ Blossom Series MINAZ yang menjadi kegilaan ramai wanita Malaysia.

“Saya melancarkan rangkaian tudung Ogos lalu sebagai ruang mempelbagaikan produk. Kali ni kami memperkenalkan tudung bawal daripada material kapas berkualiti tinggi dengan pembungkusan setanding jenama mewah dijual sehelai pada harga mampu milik, RM29 dan masih mengekalkan tahap kualiti.

“Sebelum ini saya jual pakaian ready-to-wear berkonsep ‘modest fashionm’ dan tahun lalu turut menceburi dunia kosmetik.

“Di bawah kempen pertama jualan tudung bawal di bawah siri Blossom 1.0, sebanyak 50,000 helai berjaya terjual tanpa ada pemasaran luas dan gunakan insan berpengaruh. Cuma untuk siri kedua, kempen Blossom 2.0 kita gunakan Nora Danish,” katanya.

Percaturan menjadi biarpun terpalit kontroversi mempersoalkan imej seksi Nora tidak seiring dengan produk dijual.

“Jualan dan populariti jenama saya naik mendadak. Pra tempahan dibuat pada 25 Oktober lalu, tiga kali ganda jumlah daripada kempen pertama berjaya terjual. Harap dalam bulan ini, kita boleh jual 100,000 helai lagi,” katanya.

Pija MINAZ berkata lagi, konsep perniagaannya terarah kepada cara mahu ‘Berkongsi Rezeki’ dengan membuka peluang menjana pendapatan kepada orang ramai untuk menjadi agen dan stokis.

“Di era pandemik ini, kita tahu ramai yang bergelut meneruskan kelangsungan kehidupan. Tapi jenama kosmetik dan tudung saya sendiri berjaya membantu ramai yang ingin mengubah taraf kehidupan.

“Daripada fasa Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah Pelan Pemulihan Negara, ia memberi 1001 hikmah kepada saya untuk membantu lebih ramai lagi menjana pendapatan.

“Ramai golongan sudah dapat menjana pendapatan bersama rangkaian perniagaan saya. Termasuklah golongan suri rumah dan pelajar. Berniaga dengan cara saya bukan setakat mahu kaya, tapi kena berjaya dan bergaya juga. Insya-Allah saya mensasarkan lima orang bakal jadi jutawan menjelang hujung tahun ini bersama jenama MINAZ,” kata isteri kepada Tamizee Adzman ini.

Kempen Blossom 2.0 ini akan dilancarkan pada 8 November ini.

Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari  http://www.minaz.com.my

Setakat ini, jenama itu mengukuhkan reputasi kerana mempunyai lebih 1,070,000 pengikut di semua platform media sosial. – WILAYAHKU

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )