Berita

Ibu tunggal terima rawatan, bantuan

MARINA menunjukkan tangan kirinya selepas menjalani pembedahan memasukkan besi, 13 Februari lalu.
- Diterbit 21 Februari 2020 4:19 AM MYT

BANDAR TUN RAZAK – Seorang ibu tunggal, Marina Mustapha sudah menerima rawatan memasukkan besi pada tangan kirinya yang patah akibat kemalangan, 26 Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan Juruaudit Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Nur Hayati Abd. Wahab selepas dihubungi Wilayahku baru-baru ini.

“Marina dimasukkan ke wad pada 13 Februari lalu bagi pembedahan pemasangan besi pada tangan kirinya. “Kini, dia berehat di rumah selepas berada di wad Hospital Sungai Buloh selama dua hari bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Minggu lalu, Wilayahku melaporkan Marina, 41, hilang punca rezeki kerana tidak dapat berniaga selepas patah tangan kiri akibat kemalangan jalan raya.

Keadaan itu menyebabkan, dua orang anaknya yang berusia 20 dan 21 tahun terpaksa menangguhkan latihan industri bagi membantunya menguruskan rumah serta empat lagi adik yang masih bersekolah.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas