Biz

HWGB Biotech meterai perjanjian R&D vaksin COVID-19

- Diterbit 19 September 2020 6:16 AM MYT

RAKAN usaha sama HWGB Biotech Sdn Bhd, E-MO Biology Inc (EBI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), memeterai tiga perjanjian penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan vaksin COVID-19.

Kontrak EBI adalah dengan Dr John Andrews melalui Black Diamond Networks (perjanjian perkhidmatan profesional), Roderick A. Comunale II MD Inc dan America Diagnostic & Genescan Diagnostics Inc.

Ketua Pegawai Eksekutif HWGB Biotech Datuk Aaron Lim berkata perjanjian itu akan membawa masuk kepakaran yang akan membantu meningkatkan ujian klinikal mengikut undang-undang AS.

“Kami berharap usaha yang membuahkan hasil daripada kerjasama dengan rakan kongsi kami.

“Masa adalah penting dalam penghasilan vaksin berdasarkan bagaimana pandemik telah menjejaskan penduduk Asia Tenggara dan ekonominya,” katanya dalam kenyataan.

HWGB Biotech adalah anak syarikat milik penuh Ho Wah Genting Bhd manakala EBI, yang diperbadankan di California, AS terlibat dalam menjalankan R&D biologi dan merupakan penaja kajian yang menunjukkan penguat vaksin polio akan mengurangkan jangkitan COVID-19 SARS-COV-2.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas