Berita

Hotel Pulse Grande tawar promosi, 101 sajian dalam satu malam

WEEKEND BBQ & Steamboat Buffet Dinner akan bermula pada 3 Disember ini sehingga Januari 2022 di Hotel Pulse Grande.
- Diterbit 4 Disember 2021 1:00 AM MYT

MENGINJAK ke bulan Disember 2021 ini, Hotel Pulse Grande Putrajaya kini menawarkan pelbagai promosi hebat hujung tahun melibatkan makanan dan staycation buat pengunjung yang hadir ke sini.

Bermula 3 Disember hingga akhir Januari 2022, Palm Hill Cafe yang terletak di dalam Hotel Pulse Grande akan memperkenalkan kembali dua menu kegemaran
ramai iaitu bbq dan steamboat secara buffet pada setiap minggu dengan konsep Dining in the Garden berlatarkan keindahan flora yang mewarnai kedamaian persekitaran hotel.

Menurut Pengurus Food and Beverages, Mohamad Sobre Said, promosi ini akan berlangsung hanya dua hari pada setiap minggu dengan harga promosi iaitu RM110 seorang berbanding harga asalnya RM138 seorang.

“Sebelum ini promosi bbq dan steamboat hanya dibuat pada hari Sabtu sahaja. Tetapi pada kali ini ianya akan diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pukul 6.30 petang hingga 10 malam.

“Istimewanya, sebanyak 101 jenis menu akan disajikan pada malam-malam tersebut. Selain daripada dua menu utama, pengunjung juga dapat merasai masakan fusion dan hidangan Pakistan Timur Tengah seperti kebab, dan antarabangsa seperti spaghetti dan banyak lagi.

“Pengunjung juga dapat melihat keindahan landskap taman yang terdapat di sekeliling hotel sambil menikmati hidangan,” katanya ketika ditemui Wilayahku.

Sejajar seruan kerajaan, Sobre turut berkongsi beberapa promosi istimewa lain yang turut diperkenalkan iaitu Keluarga Malaysia Lunch & Dinner dan juga
Keluarga Malaysia Hi-Tea.

“Untuk promosi Keluarga Malaysia Hi-Tea, kita tawarkan set dengan harga RM60 untuk dua orang manakala set Keluarga Malaysia Lunch & Dinner pula boleh dinikmati dengan harga cuma RM90 untuk tiga orang.

“Selain itu, untuk minuman pesanan khas, kita ada promosi Thirsty 30 dengan tawaran diskaun istimewa. Para pengunjung yang menempah satu hingga tiga gelas
minuman, akan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus manakala tempahan empat gelas minuman dan ke atas pula akan menerima diskaun maksimum iaitu 30 peratus.

“Untuk promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner ini, kita juga beri diskaun istimewa untuk minuman tempahan khas. Bagi tempahan satu hingga tiga
gelas minuman, nikmati diskaun sehingga 25 peratus, manakala tempahan empat gelas minuman ke atas , pengunjung akan dapat pengurangan harga minuman
sehingga 40 peratus,” katanya.

Bagi penduduk sekitar Putrajaya mahupun di luar, anda dijemput untuk datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan, untuk merasai sendiri pengalaman Dining in the Garden dengan promosi khas Weekend BBQ and Steamboat Buffet Dinner, Hotel Pulse Grande bermula dari 3 dan 4 Disember 2021 dengan harga pengenalan yang menarik. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas