Berita
AYAM Chettinad resipi istimewa Chef Hasna
- Diterbit 4 Disember 2021 1:00 AM MYT

SELEPAS kerajaan mengumumkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, ramai orang berpusupusu keluar berjumpa rakanrakan, sanak-saudara, bercuti bersama keluarga dan ada juga yang melangsungkan perkahwinan.

Bahkan, ramai juga yang hanya membuat jamuan makan-makan di rumahnya.

Oleh itu, akhbar Wilayahku edisi kali ini ingin berkongsi menu yang sesuai dihidangkan dalam majlis ringkas atau jamuan makan. Pasti anda tidak lagi buntu
untuk menjamu tetamu. Selamat mencuba!

Nasi Tomato

BAHAN-BAHAN
125 ml minyak sapi
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
15 biji bawang merah
2 batang serai diketuk
2 sudu makan pes tomato
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
Daun pandan
1 tin susu cair
500 gram beras basmathi
Kismis
Bawang goreng
Daun pandan
Garam
Serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak sapi.
2. Tumis bawang putih, bawang besar, bawang merah, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan sehingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan sedikit air, susu cair, garam dan serbuk perasa.
4. Masukkan beras basmathi dan biarkan sehingga kering.
5. Apabila nasi sudah masak, hiaskan dengan kismis bersama bawang goreng.

Ayam Chettinad

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu garam
1/2 biji kelapa parut
2 labu bawang besar dipotong dadu
1 inci halia dihiris
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu serbuk cili
3/4 sudu garam masala
4 biji tomato dipotong dadu
2 sudu makan air limau nipis
Minyak masak
Daun kari

BAHAN UNTUK SANGAI
1 sudu jintan manis
1/2 inci kayu manis
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih

CARA PENYEDIAAN
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng sehingga garing.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, serbuk cili, garam masala, tomato, air limau nipis dan bahan-bahan yang disangai.
3. Apabila sudah naik bau, letakkan sedikit garam dan serbuk perasa.
4. Kemudian masukkan kelapa parut yang telah dikisar. Biarkan mendidih sehingga pecah minyak.
5. Akhir sekali, masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.
6. Ayam Chettinad sedia untuk dihidang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas

BERITA SEMASA