Berita

Menang ganjaran istimewa sempena sambutan Krismas di Suria KLCC

HIASAN The Polar Express menanti pengunjung di Suria KLCC
- Diterbit 4 Disember 2021 1:00 AM MYT

BAGI memeriahkan sambutan Krismas dan akhir tahun 2021, Kumpulan Suria KLCC menawarkan  ganjaran hebat bernilai lebih RM500,000 kepada
pengunjung sepanjang Disember ini sambil menikmati keindahan pokok Krismas tertinggi di Malaysia.

Menerusi program ‘Christmas Shoppers Rewards’ atau ‘Ganjaran Pembelian Krismas’, pengunjung yang membelanjakan sekurangkuranganya RM500 dalam
satu resit dari mana-mana kedai khusus, berpeluang memenangi baucar belibelah Suria KLCC bernilai RM5,000.

Seramai 76 pemenang bertuah akan dipilih dari sekarang hingga 26 Disember ini dan pengunjung yang berbelanja sekurangkurangnya RM1,500 dalam
dua resit pula berpeluang menerima baucar beli-belah bernilai RM100.

Pengarah Eksekutifnya, Andrew Brian berkata, sambil membeli-belah, pengunjung juga boleh menikmati keindahan dekorasi krismas di ruang legar utama (Centre Court) yang mempamerkan ‘The Polar Express’.

“Pengunjung boleh memuat turun AR filter tema Krismas Suria KLCC termasuklah latar belakang stesen kereta api ‘Polar Express’ untuk merakamkan gambar kenangan di situ,” katanya sambil menambah pengunjung berpeluang bertemu santa bersama pembantunya pada hujung minggu dan hari Krismas akan datang.

Dalam pada itu, katanya, Suria KLCC juga menyediakan pancaran cahaya umpama aurora yang mempersonakan di kawasan pintu masuk Park Mall serta pokok krismas setinggi 100 kaki di Esplande yang disulami dengan pancutan air berirama di taman.

Sementara itu, tambah Brien, di Alamanda Putrajaya, sambutan Krismas bukan sekadar hiasan tetapi semua pengunjung yang berbelanja sekurangkurangnya RM500 dengan dua resit akan disajikan dengan ganjaran istimewa bermula 27 November hingga 26 Disember.

“Ahli Vikids juga akan menerima satu pas percuma menaiki kereta api Polar Ekspress untuk seluruh keluarga sekiranya mereka berbelanja RM500 dan ke atas. Terdapat 800 pas percuma untuk diberikan di Centre Court sepanjang tempoh kempen kepada yang layak,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas