Berita

Hotel Pulse Grande tawar penginapan gaya mewah

BILIK Executive Suite yang ditawarkan oleh Hotel Pulse Grande penuh dengan kemewahan.
- Diterbit 26 Mei 2023 3:00 AM MYT

TERLETAK di lokasi strategik iaitu di pusat pentadbiran kerajaan, Hotel Pulse Grande Putrajaya menjanjikan kelainan dari segi persekitarannya yang penuh kehijauan dan dilimpahi dengan pelbagai tumbuhan dan bunga berwarna-warni.

Bagi anda yang sedang merancang percutian, penginapan di Hotel Pulse Grande merupakan satu pilihan tepat kerana bilik-bilik ditawarkan di sini begitu selesa selain dapat menikmati pemandangan indah Putrajaya.

Hotel ini menawarkan 118 buah bilik tamu yang direka dengan gaya mewah yang mana dilengkapi katil bersaiz king atau queen, pendingin hawa kawalan individu, akses internet berkelajuan tinggi, perabot yang serasi dan balkoni peribadi.

Mula beroperasi pada tahun 2003, Hotel Pulse Grande menawarkan dewan persidangan serta kemudahan food and beverages (F&B) bagi pelbagai pakej mesyuarat dan conference selain bilik bankuet dan bilik mesyuaratnya boleh menampung sehingga 426 orang tetamu pada satu masa.

Hotel Pulse Grande juga menyediakan fasiliti seperti dewan untuk sebarang majlis seperti seminar, majlis perkahwinan dan banyak lagi selain ruangan terbuka yang bergantung kepada cita rasa para pelanggan.

Di ruangan Kafe Palm Hill pula, anda boleh menikmati pelbagai sajian masakan Malaysia dan antarabangsa dengan jumlah kapasiti 136 orang tetamu.

Dalam pada itu, anda juga boleh memanjakan diri di spa yang berdekorasikan kemewahan dan bertaraf antarabangsa.

Perawatan sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki disediakan selain persekitaran yang eksklusif untuk wanita mahupun lelaki. Usah risau, pakar terapi spa akan membantu anda memilih rawatan yang disediakan antaranya perawatan wajah, skrub badan dan banyak lagi.

Pun begitu, digalakkan agar tempahan dilakukan dengan lebih awal bagi mengelak daripada sebarang kekecewaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas