Berita

Jom sertai PUBC 2023, hadiah wang tunai menanti

Peserta dengan ‘most species capture’ dan ‘most observation capture’ berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM6,800.
- Diterbit 26 Mei 2023 3:30 AM MYT

ORANG ramai khususnya penduduk Putrajaya dijemput untuk menyertai Putrajaya Urban Biodiversity Challenge (PUBC 2023) yang bermula 2 Mei sehingga 1 Jun ini.

PUBC 2023 yang merupakan anjuran pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) bertujuan memberi pendedahan kepada orang awam dan pengunjung berkenaan biodiversiti bandar khasnya flora dan fauna yang terdapat di sekitar pusat pentadbiran tersebut.

Di samping itu, ia adalah untuk mempelbagaikan kaedah pengumpulan data biodiversiti bandar di Putrajaya melalui pengambilan gambar pemerhatian. Peserta yang berminat hanya perlu muat turun aplikasi iNaturalist sebagai platform penyertaan PUBC 2023.

Peserta dikehendaki mengambil gambar flora atau fauna dalam kawasan Putrajaya dan muat naik dalam aplikasi iNaturalist. Rujuk syarat dan video promosi untuk maklumat lebih lanjut.

Peserta dengan ‘most species capture’ dan ‘most observation capture’ berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM6,800.

Buat mereka yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar e-mel kepada Seksyen Bandar Hijau Putrajaya di wangtw@ ppj.gov.my / 03-8887 7180 (TPr Wang Tze Wee), [email protected] / 03-8887 7004 (Ahmad Helmi Abu) dan [email protected] / 03- 8887 7000 (Muhammad Fahri Zulkipli). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas