Berita

HKHM 2023: Jom bayar kompaun dan saman

TAWARAN yang diberikan tertakluk untuk kompaun lalu lintas yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh PPj sahaja.
- Diterbit 24 Ogos 2023 10:00 AM MYT

PERBADANAN Putrajaya (PPj) mengajak orang ramai membayar kompaun dan saman bersempena kempen yang sedang diadakan oleh pihaknya bermula 15 Ogos sehingga 17 September 2023.

PPj menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya memaklumkan Kempen Jom Bayar Kompaun dan Saman adalah bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.

“Kadar bayaran yang diberikan adalah RM20 bagi Notis Kompaun dan RM50 bagi Saman Mahkamah.

“Orang ramai boleh membuat semakan kompaun dan saman menerusi pautan www.ppj.gov.my,” katanya.

Tambahnya, pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman sesawang Maybank2u, Bank Islam Online, AmBank Online atau CIMBClicks mengikut tatacara yang telah disediakan.

“Selain itu, pembayaran juga boleh dibuat menerusi JomPay, FPX (menggunakan laman sesawang PPj) dan kaunter bayaran, Pusat Khidmat Pelanggan PPj,” ujarnya tawaran ini tertakluk untuk kompaun lalu lintas yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh PPj sahaja.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang PPj atau hubungi di talian 03-8887 7371/ 7499/ 7102. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas