Selebriti

Hilang deria bau, Cik B positif COVID-19

- Diterbit 20 November 2021 11:23 AM MYT

SELEBRITI popular Cik B yang juga anak kepada usahawan Datuk Seri Vida dijangkiti CCOVID-19.

Kini, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang kehilangan deria bau menjalani kuarantin di rumah.

“Saya terkena jangkitan Covid-19. Tetapi tidak mengapa, tiada apa yang serius. Cuma saya tidak boleh bau tapi deria rasa masih okay.

“Boleh tengok mata saya merah dan bibir kering, tiada yang serius… Tidak boleh bau makanan sahaja,” katanya menerusi perkongsian video di Instagram Story miliknya.

Sementara itu, ibunya Vida atau Datuk Seri Hasmiza Othman panik sebaik sahaja mengetahui anak perempuannya itu positif Covid-19 selepas ujian calitan.

“Mujur mama tak rebah, mama panik. Mama cuba tenangkan diri, mama pujuk diri. Cik B hebat, Cik B kuat, Cik B boleh lawan,” tulisnya.

Terdahulu, keputusan jangkitan Cik B itu diketahui selepas Vida dan anak-anaknya melakukan ujian calitan selepas pulang dari rentas negeri. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas