Artikel

Hidangan di Stiq. umpama restoran mewah

ANTARA hidangan pilihan pengunjung Stiq.
- Diterbit 6 September 2019 5:57 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY [email protected]

KATA orang, sesedap manapun makanan yang dijual, penggemar makanan pasti tidak akan berkira walau terpaksa membayar dengan harga yang agak tinggi sekiranya menepati selera mereka.

Untuk penggemar masakan barat, Stiq. yang terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur merupakan satu tempat yang mesti dimasukkan di dalam destinasi untuk menjamu selera.

Kedai yang berkonsepkan kiosk ini sering menjadi lokasi untuk penggemar masakan Barat kerana konsep gerai yang diperkenalkan malah susunan meja dan kerusi secara santai menjadi pilihan pelanggan.

Menurut Pengurus Stiq. Cawangan Wangsa Maju, Hassan Rahman, kiosk ini mula dibuka pada tahun 2017 dan boleh memuatkan kira-kira 100 pelanggan dalam satu-satu masa.

“Kebanyakan pelanggan yang datang ke gerai ini mencecah 300 orang dalam satu malam malah pada musim cuti dan hujung minggu kebiasaannya pelanggan akan mencecah sehingga 400 orang.

“Pelanggan di sini bukan sahaja dalam kalangan orang tempatan malah ada yang datang dari luar Kuala Lumpur untuk merasai sendiri keunikan masakan Barat dari gerai ini” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Tambah Hassan lagi, konsep kiosk terbuka ini menjadi pilihan pelanggan kerana selain dapat menikmati hidangan yang dipesan dalam suasana yang santai, mereka juga lebih selesa untuk berbual bersama rakan-rakan. Menurut Hassan, berkonsepkan streetfood, Stiq. menyajikan daging premium yang kebiasaannya disajikan di restoran mewah atau hotel.

“Lebih menarik, steak premium disini dijual di bawah harga pasaran antara 30 hingga 40 peratus. Kebanyakan hidangan yang disediakan di sini merupakan resepi ‘home made’ termasuk
lah sos yang digunakan.

“Di sini, kami juga menggunakan teknik masakan SousVide yang merupakan teknik memasak menggunakan kawalan suhu yang tepat untuk menghasilkan kualiti yang konsisten dan bertaraf restoran mewah,” katanya.

Tambah Hassan lagi, antara hidangan yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah Beef Stiq yang merupakan ‘signature dish’ di sini.

“Harga yang dijual kepada penggemar Beef Steak di sini juga agak berbaloi iaitu RM27 yang dimasak dengan api perlahan selama 22 jam.

“Setiap hidangan akan ditimbang terlebih dahulu sebelum dimasak dan dihidang kepada pelanggan dan berat bagi satu hidangan adalah kira-kira 250 hingga 300 gram,” katanya.

Kata Hassan, selain Beef Steak, turut dijual adalah Bone Ribs yang dimasak perlahan selama 30 jam serta Grass Fed Striploin.

“Kesemua hidangan yang disediakan adalah daging lembu import berkualiti tinggi dari Australia dan New Zealand.

“Cuma daging wagyu sahaja yang perlu ditempah seminggu awal kerana tidak ramai yang memesan menu tersebut di sini,” katanya.

Menurut Hassan lagi, Stiq. turut menjual menu kambing dengan ‘signature menu’ adalah Lamb Stiq yang dimasak dengan api perlahan selama 22 jam.

“Antara menu yang ditawarkan ada
lah kambing lambak dan Lamb Shank yang perlu dimasak dengan api perlahan selama 24 jam,’’ katanya.

Tambahnya, Stiq. juga menyediaka menu berasaskan ayam seperti peri-pero, black pepper, kimchi dan barbeque dengan setiap hidangan didatangkan bersama baked potato yang dihiasi dengan sour cream

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas