Berita

Helikopter Nuri TUDM mendarat cemas

NURI MENDARAT CEMAS
INILAH keadaan helikopter NURI TUDM yang mendapat cemas di dalam kawasan Kem Gubir, Kedah kira-kira pukul 3 petang tadi.
- Diterbit 2 Ogos 2019 9:42 AM MYT

KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir, Kedah kira-kira pukul 3.00 petang tadi.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan berkata, pesawat Nuri yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth itu sedang melaksanakan penerbangan yang membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia untuk misi ulang bekal.

”Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem tersebut.

“TUDM telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan tersebut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas