Artikel

Hedo sasar lahir 100 usahawan

LUQMAN NULHAQEM menunjukkan produk pewangi Hedo yang dikeluarkan Blanco Global.
- Diterbit 26 Oktober 2019 1:56 PM MYT

KUALA LUMPUR – Tekad untuk keluar dari zon selasa, Luqman Nulhaqem Suhaimi, 25, mengambil langkah berani dengan memulakan perniagaan sendiri dalam bidang produk pewangi.

Berkelulusan ijazah dalam bidang perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), anak kelahiran Pulau Pinang ini memilih bidang perniagaan atas dasar minat dan mahu membantu anakanak muda menjadi usahawan berjaya.

Ini kerana dia yakin terhadap potensi bidang tersebut dengan tercetusnya trend perniagaan atas talian yang menjadi sumber pendapatan kedua untuk ramai rakyat Malaysia pada masa ini.

“Apabila saya memilih untuk menjual produk pewangi ini, saya bukan hanya sekadar menjual malah saya mempunyai objektif untuk membantu mereka di luar sana terutama anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan untuk turut sama mengusahakan produk ini.

“Mereka yang mempunyai pekerjaan tetap juga digalakkan menceburi perniagaan ini untuk menjana pendapatan sampingan,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Luqman, produk pewangi jenama Hedo keluaran syarikatnya, Blanco Global Sdn. Bhd., tidak hanya untuk kereta malah ia boleh digunakan di ruang tamu, bilik air, bilik tidur, dapur dan di dalam almari pakaian.

Tampil dengan enam jenis haruman yang dihasilkan 100 peratus daripada ekstrak asli tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan buah-buahan, Luqman memberitahu, pihaknya turut memberikan latihan keusahawanan kepada mereka yang menjadi ejen.

“Sehubungan itu, kami menyasarkan seramai 100 usahawan Hedo akan dilahirkan sehingga penghujung tahun ini,” katanya.

Mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan pewangi ini boleh layari laman web www. hedo.my atau media sosial Facebook dan Instagram hedo.my.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas