Biz

RIMBA kad permainan komuniti pertama hidupan liar

- Diterbit 26 Oktober 2019 2:02 PM MYT

KEPERLUAN untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu biodiversiti menjadi dorongan buat dua rakyat Malaysia, Firdaus Nisha dan Loo Lymun untuk mencipta kad permainan komuniti pertama di Malaysia mengenai hidupan liar dikenali sebagai RIMBA.

RIMBA menerapkan pembelajaran tentang kepelbagaian biologi di Malaysia dengan memperkenalkan 30 jenis haiwan. RIMBA bermaksud Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia. Selain bermain, anda juga boleh melayari Facebook:

“RIMBA the card game” untuk melihat gambar dan video setiap haiwan serta pelbagai infomasi tentang khazanah hutan hujan di Malaysia.

Layari RIMBA the card game di YouTube untuk melihat video lima cara bermain RIMBA. Bagi guru-guru, RIMBA akan melancarkan modul pembelajaran yang boleh dimuat turun pada tahun hadapan.

Permainan RIMBA boleh dipelbagaikan mengikut keseronokan bermain secara berkumpulan sehingga maksimum 12 pemain dan sesuai untuk individu yang rabun warna.

RIMBA boleh dimain oleh individu pelbagai peringkat umur iaitu dari kanak-kanak berusia lima tahun hinggalah warga emas.

RIMBA mempunyai empat mod permainan seperti padanan kad, “draw pile”, Snap dan Memori. Permainan ini berbentuk ilmiah dan boleh menjadi alat pendidikan yang menarik dan menguji ingatan minda.

RIMBA boleh dibeli secara online di https://naiise.com. my/collections/rimba atau https://thehivebulkfoods.com/ product/rimba-playing-cardgame/. Anda juga boleh layari laman Facebook/rimbathecardgame atau Instagram @ rimbathecardgame untuk maklumat dan cara bermain kad RIMBA.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Firdaus Nisha di talian 019 368 9890 atau emel rimba@ ecocentrictransitions.com.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas