Berita

GV7: YANTZEN Tersingkir, 7 Peserta Layak Ke Separuh Akhir

- Diterbit 29 November 2020 4:17 PM MYT

‘PERJUANGAN’ Yantzen di Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terhenti di peringkat suku akhir apabila tersingkir dan tidak tersenarai untuk ke separuh akhir. 

Yantzen yang mempersembahkan lagu Segalanya Ku Terima yang dipopularkan oleh kumpulan Illusi, sudah melakukan yang terbaik namun rezekinya dalam GV7 sampai di situ sahaja. 

Tujuh perserta yang layak mara ke peringkat separuh akhir ialah Ayu Damit, Linda Nanuwil, Muss, Noraniza Idris, Oja, Ashira dan Cliff Umar.

Mereka akan mempersembahkan dua buah lagu bertemakan Out Station.

Pada konsert suku akhir ini, pengarah terkenal Mamat  Khalid dan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri jemputan di samping juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim. – WILAYAHKU

Persembahan Separuh Akhir: 

1- Skyfall & Dia – Ayu Damit

2- Biso Bonar & Fantasia Musim Cinta – Oja

3- Rock You Like A Hurricane & Kasih – Muss

4- Hoi Fut Tin Hung & Tercipta Untukku – Cliff Umar

5- Chaiyya Chaiyya & Bisikan Cinta – Noraniza Idris

6- Anak & Teruskanlah – Linda Nanuwil

7- Don’t Speak & Peluang Kedua – Ashira

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas