Berita

DIVA AA, ZIANA ZAIN Menangis Kenang Kisah Lama, “Kami Sahabat”

- Diterbit 30 November 2020 12:03 AM MYT

GELAGAT ceria pengacara popular Azwan Ali,54, atau Diva AA bertukar sebak apabila ditanya tentang nasihatnya kepada penyanyi Ziana Zain yang melalui pelbagai fasa kehidupan.

Menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua di TV3 malam tadi, Azwan diminta rakan pengacara Elly Mazlein memberi kata-kata semangat buat Ziana yang menjadi tetamu program tersebut.

“Betul kata Ziana tu, jangan judge (hakimi) kita. Saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan lama. 

“Saya minta maaf pada Pak Zain, Cik Rubiah (ibu bapa Ziana), lama saya tak jumpa. 

“Kami harap mesej persahabatan ini sampai kepada orang ramai, bahawa susah cari sahabat yang boleh together (sentiasa ada),’ kata Azwan sambil menangis teresak-esak mengenang kisah lama mereka berdua.

Ziana yang tidak dapat menahan air matanya gugur juga berkata bahawa dirinya sering bertanya khabar Azwan walaupun sudah lama tidak bertemu. 

“Orang kalau tak kenal Diknon (panggilan mesra Ziana buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dan diknon tapi hubungan saya dia, kami sahabat. 

“Walaupun bertahun-tahun tak jumpa, saya selaku call tanya Diknon sihat? Deknon buat apa? Itulah sahabat.

“Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza. Kena faham,” luah Ziana sebak. 

Sebelum ini Azwan dikatakan pernah menaruh perasaan cinta terhadap Ziana.

Namun, hubungan mereka tetap kekal sebagai sahabat. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas