Berita

Gotong royong ‘Rumahku’ eratkan silaturrahim warga Rumah Prihatin

PRESIDEN PriVo, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah memberi taklimat kepada sukarelawan yang terlibat sebelum aktiviti gotong-royong bermula.
- Diterbit 9 November 2021 3:46 AM MYT

BAGI menyemarakkan semula aktiviti gotong-royong dalam kesukarelawanan yang semakin luntur di kalangan masyarakat bandar, Rumah Prihatin @ Grand Seasons telah menganjurkan sebuah program gotong-royong ‘Rumahku’, baru-baru ini.

Bertempat di Jalan Rejang, Setapak Jaya, aktiviti tersebut diadakan bermula dari pukul 8 pagi sehingga 2 petang dengan melibatkan beberapa ahli sukarelawan PriVo.

SUKARELAWAN membersihkan tandas

“Ia diadakan di Jalan Rejang, Setapak Jaya di bawah Parlimen Setiawangsa.

“Seramai 20 orang PriVo dibahagikan tugas untuk membersihkan dan mengecat rumah miskin bandar yang tidak berkemampuan dan mempunyai masalah kesihatan,” jelas kenyataan itu.

SUKARELAWAN membersihkan halaman rumah di Jalan Rejang, Setapak Jaya.

Menurutnya, penganjuran program tersebut diadakan berikutan keadaan kehidupan masyarakat kini mendorong mereka meluangkan lebih banyak masa di pejabat atau aktiviti lain daripada menghidupkan aktiviti gotong-royong yang menjadi amalan masyarakat Malaysia suatu masa dahulu.

Aktiviti ini juga turut dihadiri oleh Presiden PriVo, YBhg. Dato’ Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas