PriVo anjur dua kursus serentak

PriVo anjur dua kursus serentak

SUKARELAWAN Wilayah Prihatin atau Prihatin Voluenteer (PriVo) sedang menganjurkan dua kursus secara serentak bermula 2 November lalu iaitu Kursus pengendalian makanan dan kursus reka grafik di Rumah Prihatin @ Grand Seasons.

Dalam satu kenyataan, PriVo memaklumkan kedua-dua kursus ini dikendalikan dan mendapat kerjasama daripada tenaga pengajar yang berpengalaman serta berpengetahuan luas dalam bidang tersebut.

KURSUS Pengendalian makanan dikendalikan oleh Chef Hasna (tengah) daripada Pulse Grande Hotel, Putrajaya.

“Kursus pengendalian makanan dikendalikan oleh chef daripada Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Dalam kursus ini, mereka akan mendapat ilmu dan tunjuk ajar berkaitan aspek penghasilan makanan, perkhidmatan makanan, dan industri makanan Food and Beverages (F&B).

“Kebersihan dan keselematan makanan juga ditekankan sepanjang latihan berlangsung,” jelas kenyataan tersebut.

Bagi kursus reka grafik pula, ia dikendalikan dan mendapat kerjasama daripada tenaga pengajar Yayasan Wilayah Persekutuan.

KURSUS reka grafik mendapat kerjasama daripada tenaga pengajar Yayasan Wilayah Persekutuan.

“Kursus multimedia reka grafik ini memberi tunjuk ajar asas, teknik reka grafik serta panduan dan pendedahan berkaitan suntingan, reka bentuk grafik seperti Adobe Photoshop, Adobe Ilustrator, Canva, Adobe Premier, Adobe Flash serta Lightroom dengan menggunakan komputer secara percuma,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua kursus ini disertai oleh PriVo dari seluruh negara.

Untuk mendapatkan sebarang makluman lanjut berkaitan kursus ini, anda boleh melayari laman media rasmi PriVo di Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan Tiktok PRIVOWP. – WILAYAHKU

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )