Berita

200 Keluarga terima bantuan Deepavali

ANNUAR (dua kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan Deepavali kepada salah satu keluarga di Rumah Prihatin, petang ini.
- Diterbit 9 November 2021 10:42 AM MYT

MESKIPUN sambutannya sudah lepas beberapa hari, namun kemeriahan sambutan hari Deepavali masih dirasai oleh masyarakat Malaysia.

Selaras dengan konsep Keluarga Malaysia, RumahPrihatin@GrandSeasons tampil menghulurkan bantuan bakul makanan bagi menceriakan dan meringankan beban keluarga India yang kurang berkemampuan, hari ini.

Majlis yang berlangsung pada pukul 5 petang ini menyaksikan Pengasas Rumah Prihatin, Tan Sri TPr Annuar Musa menyerahkan 2,000 bakul makanan kepada 200 keluarga India di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Difahamkan, bantuan tersebut disumbangkan oleh syarikat Shoppee Malaysia yang menyokong usaha Rumah Prihatin dalam membantu golongan yang memerlukan dan terkesan akibat penularan pandemik covid-19.

Turut dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun, wakil Majlis Keselamatan Negara, Majlis Perwakilan Penduduk WilayahPersekutuan, Pulse Grande Hotel Putrajaya, barisan pengurusan RumahPrihatin serta ramai lagi.

Dalam pada itu, Tan Sri TPr Annuar Musa turut menjelaskan mengenai inisiatif Rumah Prihatin dalam mewujudkan Pusat Pembangunan Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.

“Kementerian melalui MDEC akan mengadakan kemudahan dan satu siri program latihan yang menyasarkan 1,000 warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah berniaga atau baru hendak memulakan perniagaan.

“Mereka adalah peniaga yang meniaga sendiri, peniaga kecil, penjaja yang dahulunya menyertai Insiatif Wilayah Bebas Berniaga (IWBB) untuk turut mengambil peluang melanjutkan aktiviti mereka,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas