PANDEMIK Covid 19 telah menyebabkan masyarakat Kuala Lumpur terjejas dengan kehidupan harian mereka.
Namun golongan gelandangan yang selama ini tidak terbela kini kehidupan mereka bagaikan berubah di sebalik kesan penularan wabak itu.
Nasib mereka terbela apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menempatkan golongan itu di beberapa buah pusat transit sementara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Salah sebuah pusat transit gelandangan di Pusat Komuniti Sentul Perdana yang menempatkan kira-kira 150 penghuni disediakan kubikel seperti bilik khas selain tilam dan selimut untuk mereka sepanjang berada di pusat tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sentiasa mengambil berat kebajikan mereka dengan memastikan segala kemudahan disediakan serta dijamu dengan makanan sebanyak enam kali sehari.




