Lensa

KUALA LUMPUR SEPI DI MALAM PKP

MENARA Berkembar Petronas KLCC melimpahkan cahayanya menerangi ibu kota yang sepi.
- Diterbit 17 April 2020 3:55 PM MYT

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) telah masuk ke fasa ketiga sejak 15 April lalu dan dijadual tamat pada 28 April nanti bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Sejak PKP dikuatkuasakan bermula pada 18 Mac lalu, Kuala Lumpur yang sebelum ini sentiasa sesak dengan aktiviti pada waktu siang dan malam kini berubah sekelip mata.

Tinjauan Wilayahku di ibu kota pada waktu malam mendapati, kota raya sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti terutamanya di kawasan tumpuan dan pelancongan.

Ibu kota juga bagaikan terbungkam apabila enam jalan termasuk Jalan Tuanku Abdul Rahman dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKDP) ekoran berlaku kes positif Covid-19.

Kawasan di sekitar Bukit Bintang dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang dulunya meriah kini sunyi. Rehatlah seketika wahai ibu kotaku… semoga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

PAPAN iklan elektronik memaparkan pesanan agar orang ramai duduk di rumah.
KEADAAN Jalan TAR lengang setelah dikenakan arahan PKPD.
PUSAT beli-belah Pavilion, Bukit Bintang tutup seawal pukul 8 malam.
SEGALA aktiviti di Jalan Petaling berehat seketika.
SIMPANG empat Bukit Bintang lengang, hanya diterangani cahaya lampu jalan dan papan iklan.
JALAN Alor dihiasi tanglung dan hanya dilalui beberapa kereta.
PENDUDUK di Brickfields mematuhi arahan PKP. Tiada kelibat manusia mundar-mandir di sini.
KE manakah hala tuju orang kurang upaya ini di tengah kesunyian malam di segi tiga emas Bukit Bintang?
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas