Berita

Gali pelbagai kaedah tangani miskin bandar secara tuntas

KECICIRAN pelajar dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian serius. - Gambar hiasan.
- Diterbit 7 Julai 2023 2:00 AM MYT

KEMISKINAN ­bukanlah isu asing dan hanya ­terpilih ­kepada pentadbiran ­pemimpin negara semata-mata. Malahan ia sering berlegar ­dalam kalangan rakyat yang memahami isu ini perlu ­ditangani dengan segera.

Bercakap tentang hal tersebut, Ketua Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Rospidah Ghazali ­berkata ­berdasarkan rekod ­eKasih, sekurang-­kurangnya 6,100 isi rumah kategori ­miskin dan 4,500 isi rumah miskin tegar di Wilayah Persekutuan.

ROSPIDAH ketika sesi pembentangan Forum Menoktahkan Kemiskinan dan Merapatkan Ketaksamaan: Ke Arah Penyelesaian Kehidupan Lestari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini.

“Di Kuala Lumpur ­mencatatkan 4,051 miskin dan 3,865 isi rumah ­miskin tegar sementara Labuan ­pula merekodkan 1,605 miskin dan 654 isi rumah miskin tegar di ­mana ­pewujudan kelas ­kemampuan (B40, M40 dan T20) dalam kalangan masyarakat menjadi petunjuk ­bahawa sebilangan besar rakyat hidup dalam ­kebimbangan dengan ­kemampuan ­kewangan masing-­masing,” ujar beliau.

Mengulas ­lanjut, Rospidah ­berkata ­pelbagai kaedah ­penyelesaian ­digali untuk ­menangani isu ­tersebut antaranya meningkatkan ­pendapatan boleh ­guna di ­mana ­kemungkinan ­kadar upah ­minima perlu disemak semula.

“Hal ini ­supaya ia ­sejajar dengan apa yang ­berlaku dalam konteks kos sara hidup hari ini ­supaya dapat meningkatkan keupayaan tabungan khususnya ­dalam ­kalangan isi ­rumah miskin.

“Selain itu, ­mewujudkan ­kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ­dengan ­pihak ­universiti misalnya Universiti Malaya telah bekerjasama ­dengan kerajaan menjalankan projek ­berkait pendapatan iaitu mencari perniagaan berdaya saing dan juga program keusahawanan.

“Seterusnya, daripada ­aktiviti ekonomi secara berkelompok di ­mana saya lihat dan yang telah pun dijalankan sekarang ini iaitu Kebun Komuniti. Bagi saya ia cukup ­bagus dari segi ­mengurangkan perbelanjaan isi rumah.

“Kita semua sedia maklum ­perbelanjaan harian pada ­masa ini agak mahal jadi dengan ­adanya ­program komuniti di bandar ­sangat ­membantu ­golongan ­susah,” ujar ­beliau pada ­sesi pembentangan forum bertajuk ‘Menoktahkan Kemiskinan dan Merapatkan Ketaksamaan: Ke Arah Penyelesaian Kehidupan Lestari yang ­berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Kata beliau, dari segi ­penyelesaian sosial pula, semasa COVID-19 melanda masalah utama ­adalah kelangsungan hidup iaitu dari ­segi kesampaian atau akses ­kepada pemakanan.

“Sebelum itu pun ­kita ­berhadapan dengan masalah ­sekuriti makanan khusus dalam ­kalangan golongan yang miskin. Saya kira program ­perlindungan sosial perlu lebih sensitif terhadap aspek ataupun sekuriti makanan untuk bayi, kanak-kanak, ibu ­mengandung dan pelajar.

“Ini kerana melalui pengambilan makanan yang berkhasiat, ­nutrisi yang seimbang dan sebagainya akan menghasilkan masyarakat atau ­individu yang produktif dan ­bijak untuk membawa ekonomi yang lebih maju pada masa hadapan,” tambah beliau dari segi pendidikan pula perlu ada penyelesaian kepada para pelajar yang tercicir.

Ujar beliau, peranan badan ­bukan kerajaan (NGO) dan ­aktivis sosial wajar untuk bertindak secara proaktif untuk menilai, memahami dan menggerakkan pelan ­tindakan akar umbi bersesuaian ­bagi membantu menangani isu ini ­secara tuntas dan berkesan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ­berkata kira-kira 130,000 orang ­rakyat tersusah tanpa mengira latar ­belakang kaum akan segera ­dibantu untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui langkah yang lebih menyeluruh. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas