Berita

DBKL salur bantuan

KANAK-KANAK berumur empat dan lima tahun PPR/PA diberi pendidikan awal di Tadika Sang Kancil. Foto: FACEBOOK TSK DBKL
- Diterbit 7 Julai 2023 4:00 AM MYT

DALAM usaha ­menoktahkan ­kemiskinan tegar ­melalui dasar Malaysia Madani, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berganding bahu ­membantu ­kerajaan ­menanganinya ­daripada pelbagai aspek antaranya ­perkhidmatan ­kediaman, pendidikan serta ­pembangunan komuniti.

MOHD IRWAN

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Mohd Irwan Awang Hak, setakat ini DBKL menguruskan 61,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) MTEN / Perumahan Awam (PA) DBKL ­dengan ­sewa ­serendah RM124 sebulan ­untuk golongan ­berpendapatan rendah (B40) dan miskin bandar.

“DBKL ­bukan ­lihat dari ­aspek ­keuntungan ­tetapi ­lebih ­kepada membantu mereka ­walaupun ada juga yang tidak ­mampu untuk ­membayar ­biarpun ­kadar ­sewa yang ­dikenakan ­rendah. Selain daripada itu, DBKL ­juga bekerjasama dengan Bank Islam dan TNB ­melalui zakat yang ­dikeluarkan syarikat-syarikat tersebut.

“Kita kenal pasti ­golongan ­tertentu yang tak mampu ­bayar sewa, kita bagi pemilikan ­rumah kepada mereka namun tak semua yang dapat,” ujar beliau pada ­sesi Forum Meja Bulat Madani: Menoktahkan Kemiskinan Bandar: Kesan Dan Cabaran ­baru-baru ini.

Sementara itu, dari ­segi ­pendidikan pula, DBKL ­mempunyai 23 buah Tadika Sang Kancil yang memberi fokus terhadap pendidikan awal kepada kanak-kanak di PPR/PA yang berusia empat dan lima tahun.

“Dengan ­pendidikan ­awal ­tersebut, ­apabila ­mereka masuk ke tadika biasa ­pada umur enam ­tahun mereka sudah mempunyai asas ­pembelajaran. Selain itu, DBKL juga ­bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah untuk ­program tuisyen percuma ­kepada ­pelajar darjah enam, ­tingkatan ­tiga dan tingkatan lima,” ujarnya lagi.

DBKL turut ­memberi ­penekanan ­kepada ­pembangunan ­komuniti di ­mana bekerjasama ­rapat ­dengan persatuan ­penduduk PPR/PA dari segi info ­selain turut ­memberi ­bantuan ­jika ­pihak ­tersebut ­ingin melaksanakan ­program ­pembangunan sosial.

“Bukan semua ­persatuan ada ­dana kerana itu ­kita ­bantu ­antaranya dari segi ­logistik dan makanan kerana kita ­faham di kawasan ini agak terhad untuk ­mereka ­bersosial antara satu sama lain,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas