Lensa

Fenomena Hari Wilayah Persekutuan 2020

BENDERA Wilayah Persekutuan menjadi simbolik tarian yang dipersembahkan.
- Diterbit 11 Februari 2020 5:43 AM MYT

SAMBUTAN Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2020 membuka tirainya pada 1 Februari lalu dengan pelbagai acara menarik untuk warganya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pada sebelah pagi, Festival SHWP menjadi acara pembukaan dengan pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukan tradisional.

Pada sebelah petang, Konvoi motosikal yang membawa bendera Wilayah Persekutuan yang dianjurkan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) berjaya mengegarkan Dataran Merdeka dengan deruan enjin 1,500 buah motosikal.

Pada malamnya pula, Dataran Merdeka dibanjiri orang ramai dengan 5,000 pengunjung disajikan dengan Konsert Sayangi Wilayahku di mana pelbagai persembahan ditampilkan melibatkan artis-artis terkenal tanah air.

Di Putrajaya pula, seramai 32 penerjun dari sembilan buah negara mempamerkan aksi payung terjun yang menyertai ‘Putrajaya Base Jump’ sempena Sambutan Jubli Perak, SHWP dan Tahun Melawat Malaysia 2020 dari ketinggian tingkat 40 Menara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Tidak ketinggalan, acara bertemakan keagamaan dan ilmiah dalam slot Prima Dakwah Wilayahku, kira-kira 3,000 orang memenuhi padang di Stadium Bola Sepak Cheras untuk mendengar syarahan oleh penceramah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas