Lensa

Keceriaan sambutan Hari Wilayah Persekutuan

BENDERA Wilayah Persekutuan akan dikibarkan di setiap program yang diadakan.
- Diterbit 4 Februari 2020 5:22 AM MYT

PELBAGAI acara disusun pihak Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari ini.

Sepanjang bulan ini warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bakal disajikan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara mereka.

Ia membabitkan aktiviti komuniti, sukan, remaja, program keagamaan dan riadah yang dapat dilakukan bersama ahli keluarga.

Bagi Putrajaya pula, sambutan tahun ini begitu signifikan kerana turut diadakan sempena sambutan Jubli Perak penubuhan pusat pentadbiran Persekutuan itu.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas