
Wajah-wajah ceria di Labuan
HARI Wilayah Persekutuan 2020 yang membuka tirainya pada 1 Februari lalu menyajikan pelbagai acara untuk warga Wilayah Persekutuan selama sebulan. Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak ketinggalan meraikan sambutan ini dan pelbagai acara menarik telah diadakan.
Pelbagai acara menarik diadakan untuk warga pulau Mutiara Borneo itu dan kemeriahannya tiada beza dengan sambutan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam meraikan sambutan hari wilayah itu, golongan kurang bernasib baik tidak ketinggalan diraikan apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad turun padang menghulurkan sumbangan dalam progeam Ziarah Kasih.
Program ilmiah agama turut diadakan ceramah khas bertajuk ‘Wilayah Berkat Rakyat Sejahtera’ berjaya diadakan Masjid Sultan Muhammad V di Kampung Lajau.
Program kesedaran dan berkonsepkan penjagaan alam sekitar dan kitar semula turut diadakan pada program Art by The Bay di hadapan taman awam Pantai Tanjung Purun.
Terdahulu, 4,000 peserta hadir menyertai pelbagai acara dalam Karnival Sukan Wilayahku yang berlangsung di kawasan tersebut seawal pukul 6.15 pagi.
Acara kemuncak pula ialah progran Kenduri Rakyat yang berjaya menghidupkan tradisi gotong-royong memasak juadah di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan.
- ORANG ramai memenuhi Taman Awam Pantai Tanjung Purun menyertai Karnival Sukan Wilayahku.
- KANAK-KANAK juga tidak ketinggalan menyertai acara pada Karnival Sukan Wilayahku.
- PELAJAR sekolah juga tidak ketinggalan menyertai program ‘ Art by the Bay’.
- PENCERAMAH jemputan Imam Muda Hassan Yahaya (dua kiri) dan Ustaz Shahirul Abdullah (kanan) menyampaikan ceramah pada program Ilmiah di Masjid Sultan Muhammad V di Kampung Lajau.
- ORANG ramai yang datang kusyuk mendengar ceramah agama.
- PELBAGAI hidangan dan juadah disediakan pada program Kenduri Rakyat.
- GOLONGAN yang kurang bernasib baik diberi sumbangan sempena program CSR.
- SUKAN Kayak juga turut dipertandingkan.