Selebriti

FASHA SANDHA Selamat Lahirkan Anak Perempuan

- Diterbit 7 Ogos 2020 7:42 AM MYT

PELAKON Aidil Aziz meluahkan rasa bersyukurnya apabila isterinya Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan hari Ini. 

Aidil berkongsi detik gembira ini menerusi Instagramnya. 

“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan dan sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha diatas kandungan selama ini.

“Saya cuti sebulan jaga dan teman awak berpantang ok. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian,” tulis Aidil. 

Sebelum ini Fasha pernah mengalami keguguran yang menyebabkan dirinya fobia untuk berkongsi apa sahaja berkaitan kehamilannya.

Aidil Aziz  dan Fasha bernikah pada Mac tahun lalu. 

Fasha mempunyai dua orang anak bersama bekas suaminya iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raisya Jemaima Ramli. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas