WK2

MYJob@Wilayah nyawa penganggur

|
- Diterbit 8 Ogos 2020 2:00 AM MYT

ISU pengangguran golongan belia bukanlah perkara baharu, malah ia semakin membarah apabila wabak Covid-19 melanda negara dan dunia sehingga mengakibatkan ratusan ribu individu hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Ia bukan hanya melibatkan graduan dan golongan belia sebaliknya pekerja yang berpengalaman lebih 20 tahun turut terkena tempias.

Sehubungan itu, inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi Wilayah Prihatin dilihat mampu meringankan beban masyarakat apabila pelbagai peluang pekerjaan disediakan
di bawah pelaksanaan MYJob@Wilayah.

Berdasarkan kenyataan yang diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa sebelum ini, peluang perkhidmatan yang diwujudkan itu adalah selaras dengan inisiatif
Wilayah Cakna yang diperkenalkan kementeriannya bagi membantu golongan sasar seperti penduduk projek perumahan rakyat (PPR), B40 dan mereka yang kehilangan pekerjaan.

Sejak pelaksanaan itu, lebih 500 kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi pelbagai jabatan mengikut keperluan perkhidmatan disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) khusus untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Difahamkan, bagi tawaran pekerjaan membabitkan penghuni PPR pula, ia akan melibatkan kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan syarikat swasta seperti Top Glove.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas