Berita

Fasa 1 tiada Pasar Pagi… DBKL jawab Teresa Kok

PEMBUKAAN pasar pagi di kawasan DBKL adalah tidak dibenarkan. Gambar: Freemalaysiatoday PEMBUKAAN pasar pagi terbuka di kawasan DBKL adalah tidak dibenarkan. Gambar: Freemalaysiatoday
- Diterbit 19 Julai 2021 5:14 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan pembukaan pasar pagi terbuka di kawasan pentadbirannya adalah tidak dibenarkan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pihak berkuasa tempatan itu menjelaskan Pusat Penyelarasan dan Pengurusan Covid-19 (CCMC) Wilayah Persekutuan mengarahkan penutupan operasi pasar pagi terbuka dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) selaras tatacara yang masih belum membenarkan pasar pagi terbuka dibuka ketika ini.

“Dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), SOP MKN belum membenarkan pasar tani dan pasar pagi terbuka beroperasi,” katanya menjawab kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Beliau sebelum ini menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa, melihat keadaan perniagaan kecil di pasar pagi yang ditutup walaupun pengudaraan lebih baik berbanding pasar berbangunan dan pusat penjaja.

Beliau tidak berpuas hati kerana pematuhan SOP di pasar pagi terbuka boleh dijaga dengan kehadiran pasukan Rela seperti sebelum ini. Pasar pagi di Kuala Lumpur ditutup sejak 1 Jun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas