Berita

MAIWP bantu sembilan keluarga mangsa kebakaran

PENGURUS MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad menyerahkan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Rancha- Rancha Laut.
- Diterbit 19 Julai 2021 5:28 AM MYT

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menyumbangkan bantuan berbentuk kewangan membabitkan sejumlah RM18,750.00 kepada sembilan buah keluarga yang kehilangan rumah kediaman akibat kebakaran di Kampung Rancha-Rancha Laut di sini, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIWP hari ini, bantuan itu disalurkan menerusi Skim Bantuan Musibah MAIWP bagi membantu dan meringankan beban mangsa yang terlibat.

“Setiap keluarga menerima bantuan wang tunai RM2,000.00 hingga RM3,000.00,” kata kenyataan itu.

Simbolik serahan bantuan disampaikan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Rancha- Rancha Laut hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, MAIWP turut menawarkan bantuan sewa rumah bulanan kepada mangsa yang berkeperluan agar keluarga mangsa mempunyai tempat berteduh yang selesa. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas