Berita

FarahAlya penuhi kehendak muslimah moden, sofistikated

REKAAN Zyzah tampil dengan warna pastel sempena Aidilfitri yang bakal tiba. REKAAN Zyzah tampil dengan warna pastel sempena Aidilfitri yang bakal tiba.
- Diterbit 15 April 2021 5:49 AM MYT

TAMPIL dengan rekaan sopan, jenama FarahAlya pastinya menepati citarasa muslimah masa kini yang mahukan konsep menutup aurat namun masih mempamerkan konsep elegan dan sofistikated.

Lebih menarik apabila rekaan sulung yang diberi nama Zyzah itu, turut mempunyai ciri-ciri ‘mesra muslim’ apabila zip di tangan memudahkan kaum hawa mengambil wuduk manakala zip di bahagian hadapan busana sesuai untuk ibu menyusukan bayi.

HAMIZAN

Pengasasnya, Datin Hamizan Puteh berkata, sebagai sebuah jenama baharu, FarahAlya akan terus megorak langkah untuk memberikan keselesaan kepada kaum hawa yang mementingkan gaya dan rekaan menarik dalam kehidupan penuh kemodenan.

Malah katanya, rekaan sulung sempena Hari Raya Aidilfitri nanti adalah berdasarkan pengalaman peribadinya yang sukar mendapatkan pakaian muslimah dengan konsep fesyen terkini.

“Saya suka berfesyen, tetapi agak payah untuk mendapatkan pakaian yang menawarkan elemen muslimah.

“Oleh itu, saya terfikir kenapa tidak saya sendiri yang mengeluarkan jenama pakaian muslimah. Setidaknya saya tahu apa yang dimahukan wanita,” katanya ketika Majlis Pelancaran Jenama FarahAlya.

Bercerita lanjut tentang jenama baharunya itu, Hamizan memberitahu, nama FarahAlya diambil daripada nama anak sulungnya yang kini sedang menuntut di Australia.

REKAAN Zyzah bercirikan mesra muslim.

Katanya, rekaan pertama akan menampilkan lima pilihan warna dan empat size iaitu S, X, M dan XL serta dijual pada harga RM129.

“Hanya 1,000 helai sahaja dikeluarkan dan pihaknya merancang untuk mengeluarkan rekaan baharu setiap dua atau tiga bulan sekali bergantung kepada permintaan.

“Kuantiti diterhadkan berikutan dunia fesyen amat cepat berubah,” jelasnya yang menjalankan perniagaan secara atas talian sahaja menerusi laman www.farahalya.com dan juga Instagram @farahalya_hq.

Tambah beliau, pihaknya juga menggunakan khdimat tukang jahit tempatan yang secara tidak langsung dapat membantu menjana ekonomi dalam keadaan pendemik ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas