Berita

KKM Cadang rentas negeri Aidilfitri ditangguhkan

SUNGAI BULOH, 12 Mac -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (tengah) menjawab pertanyaan media selepas melakukan lawatan kerja di Hospital Sungai Buloh hari ini.
- Diterbit 15 April 2021 5:40 AM MYT

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mencadangkan pergerakan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini ditangguhkan susulan situasi penularan pandemik COVID-19 masih membimbangkan ketika ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ini berikutan rungutan serta rayuan pelbagai pihak agar kerajaan menangguhkan kebenaran pergerakan berkenaan.

“Sepertimana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April ini.

“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan. Program vaksinasi (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) pun masih dijalankan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to COVID-19: Perspectives From The Field’, di pejabatnya hari ini.

Malaysia mencatatkan 1,889 kes COVID-19 semalam (14 April) berbanding 1,767 kes pada Selasa. -BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas