Berita

FAM kunjungi KSN bincang hal ehwal bola sepak

HAMIDIN (kanan) bersalam dengan Mohd. Zuki (kiri) semasa melakukan kunjungan hormat hari ini.
- Diterbit 6 Februari 2020 7:36 AM MYT

PUTRAJAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd. Zuki Ali di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Delegasi FAM diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Pada sesi tersebut, Hamidin turut mengucapkan tahniah kepada Mohd. Zuki yang baru dilantik sebagai KSN, bulan lalu.

Beliau juga membincangkan hal ehwal bola sepak negara serta pembabitan dan sumbangan kerajaan secara terus sambil bertukar-tukar pandangan, pendirian dan jangkaan kerjasama FAM dengan warga perkhidmatan awam pada masa akan datang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas