Berita

4 HAIWAN MENARIK DI ZOO NEGARA, NOMBOR 3 PALING ‘RARE’

||||
- Diterbit 6 Februari 2020 7:49 AM MYT

JOM kita isikan masa terluang yang ada dengan meneroka habitat ribuan haiwan di Zoo Negara.

Pasti tidak lagi membosankan kerana kini anda dan keluarga dapat menyaksikan haiwan secara terus menerusi ruang pameran berkaca. Apa tunggu lagi!

1. HARIMAU MALAYA

Keletah tiga ekor si comel yang dikenali sebagai Melur, Hebat dan Wira ini sering kali menarik perhatian pengunjung serta pelancong luar negara. Dilahirkan di Zoo Negara tahun lalu, ketiga-tiganya adalah anak hasil daripada pasangan harimau dewasa iaitu Kayla dan Jati.

2. PANDA GERGASI

Kehadiran panda gergasi yang diberikan kerajaan China pada 2014 yang lalu menjadikan Zoo Negara lebih ceria daripada biasa. Si kecil anda pasti teruja menemui panda gergasi bersama anak-anaknya yang sangat comel.

3. KURA-KURA GERGASI

Berusia lebih 80 tahun, kura-kura spesies Aldabra dari Kepulauan Seychelles merupakan haiwan yang paling tua di Zoo Negara. Malah sudah lebih 40 tahun ia berada di sini. Wah! Lama betul kan? Apa lagi jangan lepaskan peluang untuk melihat satu-satunya spesies Aldabra yang ada di sini.

4. KUDA KECIL

Kehadiran kuda kecil berhampiran pintu masuk utama zoo seolah-olah menyambut kedatangan anda ke sini. Bukan sahaja unik bahkan kuda kecil ini begitu manja dengan kanak-kanak. Rugi kiranya anda tidak mengabadikan foto bersama mamalia ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas