WK2

Evolusi al-Quran Braille di Malaysia

KOD Braille untuk al-Quran
KOD Braille untuk al-Quran
- Diterbit 4 Julai 2019 7:29 AM MYT

PENERBITAN al-Quran Braille dalam kalangan umat Islam sejak 1950- an adalah usaha yang amat bermakna dan menjadi sinar harapan kepada orang kurang upaya (OKU) penglihatan Muslim seluruh dunia.

Dari penerbitan yang berteraskan mesin secara manual sehinggalah penggunaan perisian dan pencetak (embosser) canggih, al-Quran Braille telah melalui proses evolusi yang banyak memanfaatkan OKU penglihatan dalam urusan keagamaan mereka.

Hampir kesemua al-Quran Braille di dunia pada hari ini berlandaskan kepada kaedah rasm imlaíi (ejaan bahasa Arab) berbanding al-Quran tulisan biasa yang berteraskan rasm uthmani, maka timbul kekeliruan dan kesukaran bagi OKU penglihatan dalam mempelajari bacaan al-Quran disebabkan perbezaan tersebut. Tambahan pula, kebanyakan al-Quran

Braille yang ada pada hari ini di Malaysia tidak disemak dan diteliti oleh pakar-pakar dalam bidang al-Quran dan Braille. Ini menyebabkan banyaknya pertikaian dan aduan mengenai kesalahan dan kete- patan tulisan sesuatu perkataan atau ayat al-Quran.

Oleh yang demikian, usaha Jabatan Kema- juan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan Panel Pembangunan Standard Mashaf al-Quran Braille Malaysia adalah satu inisiatif yang perlu dipuji dan tepat pada masanya.

Antara objektif yang disasarkan ialah menghasilkan standard penulisan mashaf al-Quran Braille mengikut kaedah rasm Uthmani dan seterusnya menghasilkan satu naskhah al-Quran Braille yang lengkap ditulis mengikut kaedah berkenaan.

Harapannya, usaha yang julung-julung kali diadakan ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah keseragaman, ketepatan dan kekeliru- an dalam penulisan dan pembacaan al-Quran Braille, bahkan boleh dijadikan rujukan oleh umat Islam di negara lain yang memerlukannya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas