WK2

Bakti Ustaz Sumairi Zainol

USTAZ Sumairi pengajar kanak-kanak OKU penglihatan di Surau Al-Kahfi, Batu Caves.
USTAZ Sumairi Zainol, sewaktu mengajar di Surau Al-Qahfi Batu Cave.
- Diterbit 4 Julai 2019 7:27 AM MYT

Kewujudan al-Quran Braille merupakan satu rahmat kepada golongan kurang upaya (OKU) penglihatan. Kini mereka boleh mem- baca kitab suci itu dengan lebih ter- perinci berbanding mengikuti kaedah hafalan ayat semata-mata.

Malah perkembangannya semakin maju apabila pada masa sama golo- ngan terbabit juga boleh mempelajari tajwid serta melancarkan bacaan me- nerusi kaedah Iqra’ sejak di usia muda. Proses pembelajaran juga lebih mudah apabila terdapat guru yang mengajar menggunakan al-Quran Braille.

Pada masa ini, terdapat juga beberapa individu yang bergerak secara solo untuk menjadi pengajar al-Quran Braille sekali gus memudahkan kanak- kanak OKU penglihatan mendalami ilmu agama serta membaca mas Quran sejak dari awal sejajar dengan bidalan ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.

Bagi warga Putrajaya dan bandar di sekitarnya seperti Kajang, Bangi dan Puchong, proses pengajian lebih mudah dengan kehadiran seorang guru yang mahir dalam bacaan menggunak al-Quran Braille.

Difahamkan objektif utama dalam menjalankan kelas terseb adalah menyediakan satu platfor kepada ibu bapa bagi menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji Iqraí dan al-Quran Braille, memberi pendidikan al-Quran kepada anak- anak masalah penglihatan di awal usia.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan melahirkan individu yang celik al-Qu- ran walaupun mempunyai kekurangan diri dari segi penglihatan.

Pada masa ini, kelas dilakukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan Surau Al-Kahfi, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Menurut tenaga pengajarnya, Ustaz Sumairi Zainol, pihak jawatankuasa di kedua-dua tempat itu telah menyediakan tempat yang selesa bagi kegunaan golongan OKU penglihatan mendapatkan pendidikan al-Quran.

“Usaha mereka itu wajarlah dicontohi oleh masjid dan surau di kawasan lain. Selain itu, pembayaran elaun kepada tenaga pengajar juga memberi peluang kepada golo- ngan terbabit mendapat kelas mengaji secara percuma.

“Kelas mengaji Iqra’ dan al-Quran di lokasi terbabit telah bermula pada awal tahun 2018. Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putra- jaya kelas diadakan pada setiap Sabtu bermula pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

“Di Surau Al-Kahfi, Ping- giran Batu Caves pula, kelas diadakan setiap hari Ahad bermula pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari,” katanya yang juga OKU penglihatan.

Sumairi yang merupakan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 18(1) berkata, bagi mereka yang tinggal berjauhan dan tidak dapat menghadirkan diri ke kelas mengaji Braille, kaedah pengajian secara atas talian turut disediakan.

Katanya, sejak ditubuhkan, terdapat kira-kira 13 orang pelajar yang berada di sekitar Kuala Lumpur; Kuala Terengganu, Terengganu; Pahang; Negeri Sembilan dan Kedah belajar mengaji secara atas talian.

“Setiap pelajar mengaji wajarlah dicontohi oleh masjid dan surau di kawasan lain. Selain itu, pembayaran elaun USTAZ Sumairi membaca al-Quran Braille.

selama satu jam dan melalui panggilan WhatApps sahaja. Mereka akan memperdengar- kan bacaan ayat al-Quran dan saya akan memperbetulkan bacaan sekiranya terdapat kesalahan,” jelas beliau yang turut membuka Rumah Ngaji di Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang bermasalah penglihatan.

Rumah Ngaji

Mengulas tentang Rumah Ngaji yang dikendalikan sendiri olehnya, Sumairi berkata, waktu pembelajaran tidak tetap dan dibuka untuk kanak-kanak yang berada di sekitar Putrajaya; Ka- jang, Bangi dan Puchong, Selangor.

Waktu pembelajaran juga tidak kira masa tetapi selain pada waktu beliau mengajar di kelas KAFA atau kelas mengaji Braille di Masjid Tuanku Mi- zan Zainal Abidin serta Surau Al-Kahfi.

“Saya ada juga rancangan hengak buka kelas mengaji untuk anak-anak OKU yang lain juga seperti autisme atau masalah pembelajaran. Fokus utama adalah kaedah hafalan.

“Rumah Ngaji ini bukan hanyaberperanan sebagai tempat mengaji malah turut menjadi pusat pencetakan buku Braille sendiri kerana saya turut mempunyai mesin cetak Braille.

“Kita turut mengajar kod braille dan pembelajaran dilakukan secara percuma kerana tujuan saya adalah untuk menggalakkan OKU penglihatan mengaji,” katanya yang mendapati go- longan terbabit sukar mendalami ilmu al-Quran di sekolah.

Jelas beliau yang sebelum ini men- gajar di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), di sekolah, pengajaran dilakukan mengikut silibus yang ditetapkan pihak sekolah dan sekiranya pelajar terlambat, mereka akan tertinggal.

Beliau juga mengalu-alukan ma- na-mana individu khususnya OKU penglihatan yang berminat mendalami tajwid serta membaiki bacaan al-Quran untuk menghubunginya di talian 013-430 5507 atau mendaftar di kelas mengaji di Rumah Ngaji di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya atau di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya atau Surau Al-Kahfi, Kuala Lumpur.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas