Berita

ERNIE, SYAMEL Bertunang, Kahwin Tahun Depan

- Diterbit 16 Ogos 2020 5:59 AM MYT

ALHAMDULILLAH… Pasangan duet popular, Ernie Zakri dan Syamel  selamat bertunang dalam satu majlis ringkas di kediaman Ernie, petang semalam.

Menurut Ernie, majlis tersebut dijalankan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan kes Covid-19 yang belum reda. 

Ernie meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan Syamel yang memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya. 

“Keistimewaannya adalah dia menghormati ibu bapa saya. Itulah yang paling penting. Tambah pula dia seorang yang mementingkan keluarga. 

“Bercakap soal berapa lama kami bercinta, saya lebih selesa menyentuh tentang kenapa kami bertunang dan mengumumkannya.

“Pengumumuman ini bertujuan untuk orang ramai tahu status kami yang sudah bertunang khususnya buat peminat yang banyak sangat mendoakan kami. Alhamdulillah,” katanya kepada Wilayahku. 

Ernie juga berharap perancangan untuk berkahwin pada tahun depan dipermudahkan.

“Insya Allah, jika semua berjalan lancar kami akan berkahwin tahun depan. Cuma buat masa ini tarikh nikah belum ditetapkan.

“Apabila semua dah ditetapkan, kami akan beritahu tarikhnya. Doakan kami ya!” Luah Ernie lagi. 

Haa.. Kita tunggu adakah Ernie, 28, dan Syamel, 27, akan muncul dengan lagu duet menjelang perkahwinan mereka nanti. 

Antara lagu duet popular mereka sebelum ini adalah Aku Cinta, Takkan Terlerai dan Seru Hari Lebaran. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas