Biz

Eqhwan Mokhzanee CEO terbaik perbankan Islam

SULAIMAN (kiri) bergambar bersama Eqhwan.
- Diterbit 19 Disember 2019 5:36 AM MYT

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AmBank Islamic Bhd., Eqhwan Mokhzanee dinama­kan sebagai CEO Terbaik Perbankan Islam Malaysia 2019 oleh media Global Ban­king & Finance Review (GBAF).

Menurut portal dan majalah kewangan yang berpangkalan di United Kingdom itu, AmBank Islamic juga tersenarai sebagai pe­nerima Anugerah Bank Islam Paling Berpotensi di Malaysia bagi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, AmBank Islamic kini bersedia untuk memasuki peringkat seterusnya bagi penyelesaian perbankan dan kewangan Islam berteraskan pelanggan.

“Kami menyifatkan anugerah tersebut se­bagai mengiktiraf potensi besar dimiliki AmBank Islamic dari segi berkhidmat kepada para pelangan dalam pasaran yang terus pesat berkembang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Eqhwan berkata, pengiktirafan itu juga membuktikan bahawa asas-asas diwujudkan AmBank Islamic berada pada kedudukan baik untuk kekal bertahan sebagai antara bank Islam terkemuka di masa depan.

“Ini satu pengiktirafan kepada aspek kepimpinan dan rakan sekerja di AmBank Islamic dan AmBank Group serta para pelanggan dan pihak berkepentingan lain yang memberi inspirasi untuk bekerja gigih bagi melonjakkan AmBank Islamic ke tahap seterusnya,” katanya.

Sebelum ini, Eqh­wan pernah merangkul Anugerah Ahli Perbankan Islam 2019 di di majlis Anugerah Kewangan Islam Global.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas