Berita

Empat kertas kerja dibentang dalam MPFN

MAHATHIR (dua dari kiri) mempengerusikan mesyuarat MPFM ke-33 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.
- Diterbit 24 Oktober 2019 1:55 PM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat kertas kerja yang memfokuskan perancangan pembangunan negara dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) ke-33 hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu juga turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Pengarah PLANMALaysia, Datuk TPr. Mohd. Anuar Maidin.

Terdahulu, pada mesyuarat tersebut, empat kertas kerja yang dibentangkan telah diberi pertimbangan dan diberi nasihat mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

MPFN merupakan satu jawatan kuasa tertinggi yang memainkan peranan penting dalam setiap perancangan pembangunan sekali gus mengelakkan insiden tidak diingini termasuk bencana alam.

Pada masa ini, Menteri Wilayah Persekutuan berkuasa penuh selepas PLANMalaysia diletakkan di bawah bidang kuasanya tetapi ada juga menteri-menteri lain di kementerian utama yang bertanggungjawab seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kewangan, Kementerian Tenaga, Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Pengangkutan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas