Berita

Empat filem Netflix wajib tonton Disember 2021

||||
- Diterbit 2 Januari 2022 2:00 AM MYT

TAHUN 2021 melabuhkan tirainya pada hari ini. Dari Squid Game kepada Don’t Look Up, Netflix terus membariskan filem-filem terbaik buat tontonan anda semua. Kali ini, Wilayahku kongsikan antara empat filem terbaik 2021 di platform Netflix buat tontonan anda sekeluarga pada malam tahun baru ini.

#1 Don’t Look Up

Pengarah: Adam McKay
Pelakon: Leonardo DiCaprio, Jennifer Lawrence, Timothée Chalamet

MENGISAHKAN Kate Dibiasky seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan astronomi dan juga profesor astronomi, Dr Randall Mindy yang menemukan penemuan penting mengenai sebuah komet yang menuju ke bumi. Mengetahui komet boleh menyebabkan malapetaka bagi manusia, Kate segera menyebarkan maklumat mengenai komet kepada semua orang di bumi. Tapi malangnya, tiada siapa yang mengambil serius berkenaan amaran yang diberikan. Untuk melihat apa lagi yang Kate dan Dr Randall akan lakukan untuk membuka mata manusia, anda perlu mencari jawapannya dengan menonton filem ini di Netflix.

 

#2 The Power of the Dog

Pengarah: Jane Campion
Pelakon: Benedict Cumberb, Kirsten Dunst, Jesse Plemons

SEORANG peladang ternak penuh karisma, Phil Burbank menginspirasikan ketakutan dan kegerunan kepada sesiapa yang berada di sekelilingnya serta sering berlaku kejam. Dia mempunyai seorang abang bernama George, namun karakter mereka berdua amat berbeza. Pada tahun 1925, saudara-saudara Burbank menjadi penternak kaya di Montana. Mereka bertemu dengan seorang balu bernama Rose dan anaknya, Peter. Phil melayan Rose dan Peter dengan cara menakut-nakutkan, malah mengajak rakan sekerjanya ketawa melihat seksaan Rose. Tidak seperti Phil, George benar-benar menjaga Rose dan memutuskan untuk mengahwininya. Apakah yang akan berlaku kepada Rose dan anaknya apabila berkahwin dengan abang Phil? Saksikan filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

#3 The Silent Sea

Pengarah: Jung Woo-sung
Pelakon: Gong Yoo, Bae Doona, Lee Joon

DRAMA bersiri lapan episod ini bermula dengan keadaan bumi yang sangat buruk pada tahun 2075. Air laut mulai kering, permukaan bumi hampir menjadi gurun dan membuatnya tidak lagi sesuai untuk dijadikan tempat tinggal. Dalam misi 24 jam ke bulan, sekumpulan angkasawan cuba untuk mendapatkan sampel dari sebuah fasiliti penyelidikan yang ditinggalkan yang menyimpan rahsia sulit.

#4 Midnight

Pengarah: Kwon Oh-seung
Pelakon: Wi Ha-joon, Jin Ki-joo, Kim Hye-yoon

SEORANG wanita muda pekak dan ibunya bertempur dengan pembunuh bersiri selepas mereka secara tidak sengaja mengganggu salah satu pembunuhannya. Permainan kucing dan tikus yang mematikan dimainkan di seluruh bandar sambil wanita cuba untuk kekal selangkah di hadapan pengejar mereka. Rasai ketegangan sepanjang filem ini di Netflix. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas