Berita

EMPAT FILEM MENARIK SEMPENA TAHUN BARU CINA

|||||
- Diterbit 30 Januari 2022 2:00 AM MYT

PERAYAAN Tahun Baru Cina bakal tiba tidak lama lagi. Lebih banyak kelonggaran diberikan pada tahun ini apabila aktiviti ziarah sudah dibenarkan dan merupakan berita baik buat mereka yang meraikannya. Perayaan ini juga bermaksud cuti panjang bakal tiba. Bagi mereka yang tidak meraikannya dan tidak ke mana-mana boleh meluangkan masa menonton empat filem berbahasa cina ini.

#1 Breaking Through

Pengarah: Wang Fang Fang
Pelakon: Meiqi Meng, Yu Xia

DIILHAMKAN oleh ‘pecah sifar’ China untuk pingat emas di Sukan Olimpik Musim Sejuk. Atlet China mula mengambil bahagian dalam olimpik musim sejuk pada tahun 1980-an namun gagal dalam percubaan mereka untuk merebut emas. Qin Shan mengumpulkan pasukan luncur laju trek pendek kebangsaan dengan Yang Fan sebagai wakil. Filem ini didedikasikan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Jangan lupa untuk saksikan Breaking Through pada Tahun Baru Cina ini.

#2 Vanguard

Pengarah: Stanley Tong
Pelakon: Jackie Chan, Ruohan Xu, Yang Yang

VANGUARD merupakan sebuah organisasi keselamatan dari China yang berpangkalan di London. Ia ditugaskan untuk menjaga keselamatan rakyat China ketika berada di luar China. Tang Huating lakonan Jackie Chan merupakan ketua organisasi tersebut manakala Lei Zhenyu, Mi Ya dan Zhang Kaixuan merupakan agen mereka yang paling handal. Qin Guoli pula adalah seorang akauntan yang bekerja untuk sebuah organisasi pengganas dan telah mendedahkan kedudukan ketua mereka kepada pihak Amerika yang kemudiannya telah mengebom dan membunuhnya. Kini anak kepada ketua pengganas itu yang bernama Omar ingin menuntut harta bapanya yang disorokkan oleh Qin. Mereka telah menculik Qin, namun diselamatkan oleh Vanguard. Kini mereka merancang untuk menculik anak perempuan Qin yang berada di Afrika. Adakah mereka akan berjaya atau mampukah Vanguard menghalangnya?

#3 The Monkey King 3

Pengarah: Cheang Pou-soi
Pelakon: Aaron Kwok, Zhao Liying

AARON Kwok kembali dalam filem epik pengembaraan ini sebagai Sun Wukong. Mengisahkan Tang Sanzang bersama-sama tiga pengikutnya yang pergi ke negeri Xi Liang dimana kesemua penduduk di negeri tersebut adalah wanita dan mereka tidak pernah melihat lelaki sejak kewujudan negeri tersebut.

#4 The Four Seas

Pengarah: Han Han
Pelakon: Liu Haoran, Zhang Youhao

KISAH ini mengisahkan seorang pemandu lagak ngeri motosikal muda (Liu Haoran) yang memperbaharui hubungannya dengan bapanya dan bertemu dengan pasangan adik beradik kereta lumba dalam satu pertemuan secara kebetulan. Mereka bertiga kemudian pergi dalam perjalanan jalan raya, di mana semua keseronokan bermula. Merupakan salah satu filem Tahun Baru Cina yang paling dinanti-nantikan, Four Seas akan ditayangkan pada 1 Februari ini. Jangan lupa untuk tontonnya di pawagam berdekatan anda untuk mengetahui kesudahannya.

-WILAYAHKU-

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas