Selebriti

Emma Maembong ucap terima kasih kepada mereka yang mendoakan

emma
EMMA manja di sisi suami.
- Diterbit 20 Februari 2020 9:23 AM MYT

BARU sahaja bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, tengah hari tadi, pelakon cantik Emma Maembong, 27, sempat memuat-naik sekeping foto mesra berbaring di atas riba suami di dalam kereta.

“Kami K.O.thank you semua yang datang dan yang mendoa,” tulis Emma di laman Instagram peribadinya.

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen dengan merakamkan ucapan tahniah di atas perkahwinan pengantin sama cantik sama padan ini.

Terdahulu, Emma dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz, berwalikan bapanya, Ismail Embong dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri kaum keluarga dan teman rapat.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 dan senaskhah al-Quran daripada suaminya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas