Berita

WAN FAYHSAL Lantik KHALID Jadi Jurulatih?

|KHALID Jamlus mengaku rasa bertuah apabila Wan Fayhsal mahu membantu dirinya untuk kehidupan yang lebih baik.|Pertemuan secara rapat antara Khalid dan Wan Fayhsal disaksikan oleh Noorul Ariffin pada sidang media pada 8 Julai lalu- Foto: Amin Farij Hassan
- Diterbit 9 Julai 2020 1:08 AM MYT

SATU pertemuan yang sangat bermakna buat bekas pemain bola sepak terkenal, Khalid Jamlus apabila bertemu empat mata dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, semalam.

Selepas pertemuan secara tertutup mereka di Penjabat Kementerian Belia Dan Sukan di Putrajaya, ternyata Khalid mampu tersenyum bagai ada harapan indah buatnya.

Apakah agaknya perancangan istimewa buat Khalid Jamlus ya?

“Hasil pertemuan tersebut, insya Allah ada sinar untuk saya. Beliau ada menyuarakan idea bagaimana  saya boleh teruskan kehidupan pada masa akan datang. 

“Beliau ada memberi peluang yang bagus untuk saya pada masa akan datang. Tunggu dan lihat saja nanti,” katanya pada sidang media sejurus selepas bertemu secara rapat dengan Fahyhsal. 

Apabila ditanya adakah dia akan dilantik menjadi jurulatih, ini jawab Khalid. 

Pertemuan secara rapat antara Khalid dan Wan Fayhsal disaksikan oleh Noorul Ariffin. – Foto: Amin Farij Hassan

“Apa yang saya boleh cakap, peluang itu masih dalam bidang bola sepak yang berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan. 

“Saya boleh curahkan ilmu dan pengalaman yang ada. Pengalaman itu mahal. 

“Andai diberi peluang jadi jurulatih sekurang-kurangnya itu untuk masa depan saya. Saya ada pengalaman, inilah masa saya nak curahkan bakti saya tidak kisahlah di peringkat negeri atau kebangsaan. 

“Tidak bertaraf lagenda tidak mengapa, janji pengalaman saya ini penting untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak muda,” jelasnya yang hanya menunggu pengumumuman yang akan dibuat oleh Wan Fayhsal.

KHALID Jamlus (Kanan) mengaku rasa bertuah apabila Wan Fayhsal mahu membantu dirinya untuk kehidupan yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, Wan Fayhsal juga akui mengagumi kehebatan Khalid Jamlus yang memberi banyak sumbangan kepada negara dalam arena sukan.

“Saya terpanggil untuk bertemu dengan beliau kerana saya membesar di era di mana beliau berada di kemuncak di persada bola sepak tanah air.  

“Jadi sebagai seorang peminat tegar kepada Khalid Jamlus, saya memang rasa terpanggil untuk mengadakan pertemuan  peribadi saya dengan beliau,” jelas beliau yang bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangaan (Yakeb) untuk mbantu Khalid dalam meneruskan kehidupan. 

Dalam sidang media tersebut, selain Wan Fayhsal dan Khalid, Pengerusi Yakeb Datuk Noorul Ariffin turut hadir memberikan sokongan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas