Berita

Duit dikikis… “Saya ‘penat’ dipergunakan lelaki mulut manis” – Elveena Iris

|ELVEENA bakal mempromosi lagu Penjahat Cinta di Batam dan Bandung di Indonesia
- Diterbit 16 Januari 2021 2:00 AM MYT

PENYANYI dan usahawan, Elveena Iris mengaku sudah ‘penat’ kerana asyik ditipu dan dipermainkan lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Tidak mahu pengalaman yang sama terjadi kepada wanita-wanita lain di luar sana, Elveena ‘membukukan’ kisah pahitnya itu dalam lagu terbaharunya berjudul Penjahat Cinta.

“Lagu Penjahat Cinta ini mengisahkan lelaki bermulut manis atau sering menggoda wanita dengan kata-kata indah. Senang cerita lelaki seperi ini dipanggil  playboy.

“Inilah yang sering terjadi kepada saya dulu. Bukan sekali, tetapi banyak kali. Hancur hati saya bila kepercayaan dikhianati.

“Bayangkan habis duit saya dikikis. Niat saya baik mahu membantu ketika mereka memerlukan. Namun, duit itu digunakan untuk berfoya-foya dengan perempuan lain.

“Sejujurnya saya sudah ‘penat’ dipergunakan lelaki mulut manis. Biarlah.. Allah Maha Adil. Mereka pasti terima balasannya,” luah Elveena yang berharap apa yang terjadi kepadanya menjadi pengajaran buat semua wanita di luar sana.

“Saya tidak nafikan, wanita suka mendengar kata-kata manis. Namun, berwaspadalah. Jangan sampai diri jadi mangsa.

“Memang tidak semua lelaki suka mengambil kesempatan, tapi wanita tetap kena berhati-hati ya!”

ELVEENA bakal mempromosi lagu Penjahat Cinta di Batam dan Bandung di Indonesia

Menyentuh tentang perancangannya mahu menembusi pasaran muzik Indonesia, Elveena bakal mempromosi lagu Penjahat Cinta di daerah  Batam dan Bandung di Indonesia. 

“Perancangan mahu ke sana sudah lama dirancang, namun pandemik COVID-19 yang melanda dunia ini membataskan banyak perkara,” jelasnya lagi.

Sebelum ini Elveena pernah muncul dengan tiga album mini iaitu Malu Tapi Mahu dan dua album kompilasi bersama Jaafar Onn dan penyanyi- penyanyi lain. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas