Berita

Dua pesakit diabetes baharu dikesan setiap hari di HKL

MOHAMED BADRULNIZAM (empat dari kiri) pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat HKL.
- Diterbit 22 November 2019 5:26 AM MYT

KUALA LUMPUR – Penemuan pesakit diabetes sekurang-kurang dua kes baharu setiap hari me­libatkan warga kota harus diambil serius semua lapisan ma­syarakat.

Pakar Perunding Perubatan dan Endokrinologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Mohamed Badrulnizam Long Bidin berkata, kes baharu ini akan ditemui samada di wad hospital ataupun melalui kes perubatan yang dirujuk ke Jabatan Perubatan HKL.

“Angka ini menunjukkan semakin meningkat sekiranya orang ramai tidak mengambil berat mengenai ke­sihatan masing-ma­sing,” katanya kepada Wilayahku selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat HKL di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Lembaga Pe­lawat HKL, Abdul Rahman Hussein. Turut hadir Pengarah HKL, Datuk Dr. Herric Corray.

Kata Mohamed Badrul­nizam, faktor gaya hidup dan pemakanan menjadi punca utama orang ramai terdedah untuk dijangkiti penyakit ini.

“Melalui pemer­hatian kini, dianggarkan kira-kira setiap lima orang, pasti se­orang akan dijangkiti penyakit ini.

Jelas Mohamed Badrulnizam lagi, melalui sambutan yang diadakan pada 14 November setiap tahun dengan tema pada tahun ini “Keluarga dan Diabetes”.

Beliau berkata, tujuan pihaknya mengangkat tema tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan.

“Ini kerana jika seorang ahli keluarga dikesan menghidap diabetes, maka seluruh aktiviti dan pemakanan harian ahli keluarga akan turut terjejas,’’ kata­nya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas